p/s:
bagus tuk peringatan kita....kaum hawa....sila ambil
perhatian.....share la dgn yg lain..mgkn ada yg pernah bc...tp bc skali
lg tuk peringatan kita bersama...
Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila
berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika
ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan
syaitan.
Jadi
untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan
iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.
Pada
mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang
tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal
dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat
seorang perempuan.
Setiap
bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki
terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya
ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh
kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita
itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata
lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu
berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan
tudungnya.
Setelah
itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka
mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka
wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak
kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka
janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga
terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh
lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu
berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu
bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau
nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu Kenapa?
Mata
lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka
akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah
wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya
dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali
berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai
muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah
pada pandangan lelaki.
Maka
wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan
menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan
fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi
mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu
akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah
atau terang jika ianya berada pada perempuan.
Maka
oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang
warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk
suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata
lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga
kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu
gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada
muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat
dunia akhirat.
Seperti
firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf
seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada
kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita
muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah
wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk
dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
Adalah
hal yang wajar apabila seorang wanita ingin terlihat cantik, asalkan
ditujukan untuk suaminya sendiri. Lalu bagaimana apabila ada wanita yang
ingin terlihat cantik dengan jilbabnya tapi bukan untuk dilihat
suaminya? Atau mempamerkan gambar di FB agar semua mata memandangnya?
Duhai wanita muslimah yang merindukan Jannah, wanita seperti apakah yang ingin selalu tampil cantik tapi bukan untuk suaminya?
Siapakah yang telah meracunimu sedemikian rupa?
Apakah dirimu rela menjadi hiasan syaitan?
Sungguh
menyedihkan, sungguh menyesakkan dada... Ingin menitis rasanya air
mata ini menyaksikan tingkah laku wanita muslimah yang “berjilbab”,
tetapi tidak memahami hikmah yang disyari’atkannya jilbab bagi mereka.
Dengan
“sepotong” kain yang hanya menutupi rambutnya, mereka katakan telah
berjilbab. Dengan “selembar” kain yang diikat-ikatkan ke lehernya,
mereka katakan telah berjilbab. Yang lebih menyedihkan lagi, mereka
mengenakan seluar jeans ketat agar dikatakan sebagai wanita muslimah yang dinamis. Bahkan berdandanberlebih-lebihanr agar terlihat cantik sehingga rela menjadi santapan mata para lelaki hidung belang. Allahul Musta’an
Duhai wanita muslimah, saudariku fillah. Janganlah kau jadikan dirimu sebagai fitnah bagi lelaki yang beriman, meskipun kau katakan tidak berniat seperti itu.
Janganlah kau jadikan dirimu hiasan syaitan. Ketahuilah, bahawa para
wanita solehah yang merindukan Jannah tidak akan pernah rela menjadikan
dirinya TONTONAN bagi kaum laki-laki yang bukan mahramnya. Para wanita yang beriman kepada hari akhir, tidak akan TEGA membuat lelaki yang beriman terfitnah oleh dirinya. Maka janganlah kau jadikan dirimu sebagai SUMBER FITNAH.
Bukankah
kehancuran Bani Israil –bangsa yang terlaknat– berawal dari fitnah
(godaan) wanita? Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
لُعِنَ
الَّذِيْنَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيْلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ
وَعِيْسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُوْنَ.
كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوْهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا
يَفْعَلُوْنَ
“Telah
terlaknat orang-orang kafir dari kalangan Bani Israil melalui lisan
Nabi Dawud dan Nabi ‘Isa bin Maryam. Hal itu dikeranakan mereka
bermaksiat dan melampaui batas. Adalah mereka tidak saling melarang dari kemungkaran yang mereka lakukan. Sangatlah buruk apa yang mereka lakukan.” (Al-Ma`idah: 79-78)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ
الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ، وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا
فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا
النِّسَاءَ، فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي
النِّسَاءِ
“Sesungguhnya
dunia itu manis dan hijau (indah mempersona), dan Allah Subhanahu wa
Ta’ala menjadikan kalian sebagai khalifah (penghuni) di atasnya,
kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala memerhatikan amalan kalian. Maka
berhati-hatilah kalian terhadap DUNIA dan WANITA, kerana sesungguhnya awal fitnah (kehancuran) Bani Israil DARI KAUM WANITA.” (HR. Muslim, dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu)
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga memperingatkan umatnya untuk
berhati-hati dari fitnah wanita, dengan sabda baginda:
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلىَ الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
“Tidaklah aku meninggalkan fitnah sepeninggalku yang lebih berbahaya terhadap kaum lelaki dari fitnah (godaan) wanita.” (Muttafaqun ‘alaih, dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:
الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ، فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ
“Wanita itu aurat, maka bila ia keluar rumah, syaitan menghiasnya (dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).”
(Dishahihkan
Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih At-Tirmidzi, Al-Misykat
no. 3109, dan Al-Irwa’ no. 273. Dishahihkan pula oleh Al-Imam Muqbil
ibnu Hadi Al-Wadi’i rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/36)
Sungguh, fitnah wanita termasuk cubaan terbesar
dan paling mengerikan bagi kaum Adam. Kerana wanita, dua orang lelaki
berkelahi. Lantaran wanita, dua kubu saling bermusuhan dan saling
serang. Oleh sebab wanita, darah begitu murah dan mudah diguyurkan.
Kerana wanita, seseorang dapat terjatuh ke dalam jurang kemaksiatan.
Bahkan, kerana wanita, si cerdas yang baik dapat berubah menjadi dungu
dan liar.
\
Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:
إِنَّ العُيُوْنَ الَّتِيْ فِي طَرْفِهَا حَــوَرٌ قَتَلْنَنَا ثُمَّ لَمْ يُحْيِيْنَ قَتْــلاَناَ
يَصْرَعْنَ ذَا اللُّبِّ حَتَّى لاَ حَرَاكَ لَهُ وَهُنَّ أَضْعَفُ خَلْقِ اللّهِ إِنْـسَاناَ
Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya
Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya
Duhai
wanita muslimah, saudariku fillah. Semaklah firman Allah Ta’ala
berikut ini, semoga Allah Ta’ala menjauhkan dirimu dari perbuatan
“ingin terlihat cantik” kepada selain suami:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرّ ُجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“Dan
tetaplah kalian tinggal di rumah-rumah kalian dan janganlah
bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliah yang awal.”
(Al-Ahzab: 33)
وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ
“Apabila
kalian meminta sesuatu keperluan kepada mereka maka mintalah dari
balik hijab/ tabir, yang demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan
hati mereka.” (Al-Ahzab: 53)
Sungguh
kusampaikan nasihat ini kepadamu, saudariku fillah, agar dirimu tidak
temasuk orang-orang yang disebutkan dalam firman Allah Ta’ala berikut
ini:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِ نِينَ
“Di
antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan
Hari kemudian”, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang
beriman.” (Al-Baqarah: 8).
Modal
mereka hanyalah makar dan tipu daya semata. Harta yang mereka miliki
hanya dusta dan kebohongan belaka. Mereka memiliki otak materialistik
untuk sekadar memuaskan semua pihak, kaum mukminin dan orang-orang
kafir, sehingga boleh aman berada di antara golongan mana pun.
Allah Ta’ala berfirman:
يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
“Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar.” (Al-Baqarah: 9)
Hati mereka sudah dipenuhi oleh penyakit syubhat dan syahwat,
sehingga membinasakannya. Tujuan-tujuan buruk telah menguasai
keinginan dan niat mereka sehingga merusaknya. Kerusakan mereka telah
menghantarkan kepada kebinasaan sehingga para doktor yang pakar pun
tidak mampu mengubatinya. Firman Allah Ta’ala:
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
“Dalam
hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi
mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (Al-Baqarah: 10)
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
كل بني آدم خطاء. وخير الخطائين التوابون
“Setiap
anak Adam itu pasti bersalah (pernah berbuat salah). Dan sebaik-baik
orang yang berbuat salah adalah orang-orang yang bertaubat (kepada
Allah).” (Hadits shahih riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan selain
keduanya)
Allah Ta’ala berfirman:
الَّذِينَ
يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ
هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الألْبَابِ
“Mereka
yang mendengarkan perkataan, lalu mereka mengikuti dengan
sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang diberi petunjuk oleh
Allah dan mereka itulah orang-orang yang menggunakan akal.” (Az Zumar:
18)
وَاللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَنْ تَمِيلُوا مَيْلا عَظِيمًا
“Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran).” (An Nisaa’: 27)
Semoga bermanfaat….wallahu ‘aklam bissowaf...
http://fadhilahq.blogspot.com/2011/11/wahai-muslimah-akuilah-dirimu-menjadi.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar